Ciri-ciri baharu Windows 8

Rencana utama: Ciri baru Windows 8

Metro

Fungsi berbilang tugasan dalam Windows 8

Windows 8 menggunakan antara muka pengguna baharu berasaskan bahasa reka bentuk Metro Microsoft. Persekitaran Metro akan menampilkan skrin Start berasaskan jubin yang serupa seperti sistem pengendalian Windows Phone. Setiap jubin mewakili aplikasi, serta memaparkan informasi relevan seperti bilangan mesej yang belum dibaca pada jubin aplikasi e-mel atau suhu semasa pada aplikasi cuaca. Aplikasi sebegini berjalan dalam keadaan skrin penuh, serta berupaya untuk berkongsi maklumat antara satu sama lain menggunakan "kontrak".[24] Aplikasi sebegini hanya boleh didapati melalui Windows Store.[25] Aplikasi dalam antara muka baharu dibangunkan dengan pelantar Windows Runtime baharu menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan, termasuklah C++, Visual Basic, C#, dan HTML dengan kod JavaScript di belakang tabir.

Persekitaran desktop tradisional untuk menjalankan aplikasi desktop boleh dicapai melalui satu jubin pada skrin Start baharu. Butang Start dimansuhkan daripada palang tugasan bagi memberi laluan kepada butang Start pada palang azimat, di samping satu titik panas pada penjuru bawah kiri. Kedua-duanya membuka skrin Start baharu, yang menggantikan menu Start.[26]

Aplikasi yang dibangunkan untuk persekitaran baharu ini dahulunya dirujuk sebagai "aplikasi gaya Metro" dalam bahan pembangunan, menghubungkannya kepada penggunaan Windows 8 terhadap satu antara muka yang mengikuti bahasa reka bentuk Metro sebagai desktop utamanya. Walau bagaimanapun, terdapat laporan bahawa berikutan potensi isu tanda dagangan dengan syarikat Jerman Metro AG, pegawai-pegawai Microsoft mula menasihati para pembangun Windows agar berhenti menggunakan istilah tersebut. Seorang jurucakap Microsoft walau bagaimanapun menafikan laporan tersebut dengan menyatakan bahawa penggunaan istilah "Metro" bagi menerangkan aplikasi tersebut hanyalah sekadar kod nama yang akan dimansuhkan.[27]

Ciri-ciri lain

Pemacu kilat USB boleh but Windows To Go.
  • Internet Explorer 10 disertakan sebagai kedua-dua program desktop serta sebagai aplikasi yang dioptimakan untuk sentuhan. Aplikasi yang seterusnya itu tidak menyokong plugin atau komponen ActiveX, tetapi menyertakan satu versi Adobe Flash Player yang dioptimakan untuk sentuhan dan penggunaan berkuasa rendah serta hanya boleh berfungsi pada laman yang dimasukkan dalam senarai putih.[28]
  • Pengguna kini boleh log masuk Window menggunakan akaun Microsoft (sebelum ini dikenali sebagai Windows Live ID). ia membolehkan profil dan tetapan pengguna untuk disegerakkan melalui Internet serta boleh dicapai dari komputer lain yang menggunakan Windows 8, di samping penyepaduan dengan SkyDrive.[29]
  • Windows Store akan menjadi satu-satunya cara untuk membeli dan memuat turun aplikasi gaya Metro, di samping mengiklankan aplikasi desktop. Aplikasi gaya Metro dipasang dari Windows Store, atau dalam bentuk aplikasi Barisan Perniagaan pada peranti yang disertakan dalam domain rangkaian.[30]
  • Dua cara pengesahan baharu ditambah: kata laluan bergambar, yang membolehkan pengguna log masuk dengan melukis tiga isyarat tangan pada beberapa tempat berasingan pada gambar,[31][32] serta log masuk PIN, yang membenarkan pengguna mengesahkan menggunakan nombor PIN empat digit.[33]
  • File Explorer akan menyertakan palang peralatan reben, serta mengemaskinikan dialog proses pengendalian failnya untuk menyediakan statistik lebih terperinci, keupayaan untuk menghentikan seketika pemindahan fail, serta pembaharuan dari segi keupayaannya untuk menguruskan konflik semasa menyalin fail.[34]
  • Hybrid Boot akan menggunakan teknologi hibernasi untuk membolehkan penghidupan yang lebih pantas dengan menyimpan ingatan teras Windows di dalam cakera keras dan memuatkannya semula semasa dibutkan.[35][36][37]
  • Windows To Go akan membolehkan Windows 8 Enterprise untuk dibutkan dan dijalankan dari peranti USB boleh but (seperti pemacu kilat).[38][39]
  • Dua fungsi pemulihan disertakan, Refresh dan Reset. Refresh memulihkan kesemua fail Windows kepada keadaan asal sementara mengekalkan tetapan, fail, dan aplikasi, sementara Reset mengembalikan komputer kepada keadaan asal kilang.[40]
  • USB 3.0 kini disokong secara asli.[41]
  • Skrin kunci baharu memaparkan jam serta peringatan sementara komputer dikunci.[42]
  • Task Manager direka semula.[43]
  • Penyepaduan Xbox Live (termasuklah Xbox Live Arcade, Xbox Companion dan Xbox Music)[44]
  • Storage Spaces membenarkan pengguna untuk menggabungkan beberapa cakera keras yang berbeza saiz menjadi pemacu maya dan memperincikan pantulan, pariti, atau tiada tindanan pada asas folder demi folder.[45]
  • Family Safety bertujuan untuk membenarkan ibu bapa melindungi anak-anak mereka di Internet, di samping memantau dan mengawal aktiviti dan penggunaan PC dan Internet.[46][47][48]
  • Windows Defender kini mempunyai keupayaan antivirus, serupa seperti pada Microsoft Security Essentials. Ia bertujuan untuk menggantikan pakej dan fungsi Security Essentials sebagai program antivirus utama.[49]

Rujukan

WikiPedia: Windows 8 http://www.anandtech.com/show/4665/native-usb-30-s... http://arstechnica.com/microsoft/news/2011/09/maki... http://www.buildwindows.com/ http://articles.businessinsider.com/2012-02-09/tec... http://news.cnet.com/8301-10805_3-20110049-75/wind... http://news.cnet.com/8301-10805_3-57419612-75/wind... http://news.cnet.com/8301-10805_3-57485894-75/wind... http://news.cnet.com/8301-13924_3-57360734-64/micr... http://www.engadget.com/2011/06/01/live-from-micro... http://www.engadget.com/2011/09/14/steve-ballmer-t...